Analisis Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran



Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

(Sumber: https://www.pendidik2u.my/falsafah-pendidikan-kebangsaan/)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bolehlah disifatkan sebagai tunjang kepada semua dasar-dasar yang telah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPK) ini dapat menerapkan cara memperkembangkan potensi individu. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yangmerupakan anugerah tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dandipertingkatkan secara berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untukmengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Segala perubahan yang dibuat juga memerlukan penelitian rapi bagi memastikan agar ia menepati kepada FPK. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas.

 

Konsep Kurikulum Kebangsaan

Di dalam FPK, terdapatnya kurikulum kebangsaan yang telah dirancang oleh KPM untuk melahirkan pelajar yang seimbang sari segi mental, fizikal, rohani dan emosi. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada 3 pecahan iaitu :


Konsep Pengajaran dan Pembelajaran.

Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan, pihak sekolah akan membentuk kurikulum sekolah dimana segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak sekolah akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran berasaskan Dokumen Standard Kokurikulum Dan Pentaksiran (DSKP). Tambahan pula, kurikulum sekolah juga meliputi bahagian Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

 

               I.         Dokumen Standard Kokurikulum Dan Pentaksiran (DSKP)

DSKP merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. Dalam DSKP ini menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Buktinya, DSKP bagi mata Pelajaran bahasa Melayu bagi Tingkatan 5, untuk kemahiran membaca. Kemahiran membaca bagi tingkatan tersebut telah menyenaraikan standard kandungan dan standard pembelajaran (SP). Gambar di bawah menunjukkan  senarai kandungan tersebut. Link DSKP bagi Bahasa Melayu tingkatan 5 telah diberikan dibawah gambar tersebut.

Sumber : https://sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2019/01/DPK-2.0-KSSM-Bahasa-Melayu-Tingkatan-5_.pdf

               II.         Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan Satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru professional yang perlu disediaakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa 30 minit yang mengandungi maklumat pengajaran,langkah pengajaran,masa, aktiviti dan catatan. Gambar dibawah menunjukkan contoh RPH bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5 untuk kemahiran membaca.

             


                III.         Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

RPH merupakan satu garis panduan kepada guru untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran mengikut minggu sepanjang tahun. Rancangan yang dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran, sepanjang tahun mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.

Kesimpulannya, pelaksanaan pembelajaran yang bersistematik dalam sistem Pendidikan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang dari segi, jasmani, emosi, rohani dan intelek serta rakyat Malaysia yang berintegriti. Hubungkait antara matlamat pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan serta Pengajaran dan Pembelajaran bergantung kepada perancangan, pemantauan dan penilaian yang dilaksanakan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, setiap sistem Pendidikan perlu berasaskan falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya segala sisitem pendidkan di Malaysia dapat mencapai matlamat.

 

 

 

 

 

 

 


Comments